Pages

Saturday 28 July 2012

10 Kereta Termahal di Dunia Versi Majalah Forbes 2012

Beberapa bulan yang lalu majalah forbes, iaitu majalah editor ekonomi dan kewangan menerbitkan kumpulan kereta yang merupakan kereta jalanan yang dijual dengan budget yang paling mahal yang ada di pasaran.  Ini Dia 10 kereta termahal di dunia 2012 versi majalah forbes: 


cekidoutttt....


                                  1. Bugatti Veyron Supersport 


Dengan harga $ 2.6 juta, Bugatti Veyron Supersport jadi kereta termahal di dunia saat ini. Veyron akan memanjakan anda dalam kemewahan dan kelajuan super.

2. Ferrari 599XXX



Ferrari belum mengumumkan harga rasmi untuk produk terbarunya tapi diperkirakan kereta Ferrari 599XXX ini akan dijual dikisaran harga USD 2 juta atau

3. Zenvo ST1


Ternyata Denmark tidak hanya terkenal karena bir Carslberg dan Hans Christian Andersen, negara inipun mampu membuat kereta super mahal berjenama Zenvo yang harga USD 1,8 juta

4. Koenigsegg Agera R


Tidak mahu kalah dengan jirannya Denmark yang menghasilkan Zenvo, swedia pun membuat kereta termahal, Agera Koenigsegg dengan harga USD 1.5 juta

5. Aston Martin One-77


Jenama legenda Aston Martin akan menghasilkan kereta Aston Martin One -77 dengan jumlahnya sangat terhad hanya sesuai Tempahan. Kereta ini dihargai USD 1.4 Juta

6. Maybach Landaulet


Salah satu kereta kegemaran Madonna dan Jay Z iaitu Maybach Landaulet. Kereta ini berharga USD 1.4 Juta

7. Pagani Huayra


Huayra adalah kereta super kedua yang dihasilkan Pagani setelah berjaya dengan Zonda. (Yang dihasilkan hanya 12 kereta setiap tahun). Pagani Huayra mungkin dihasilkan lebih banyak dari Zonda dan akan dijual di Amerika dengan harga: $ 1.3 juta

8. Hennessey Venom GT

Kereta pengeluaran Amerika Venom Hennesey ini dibanderol dengan harga: $ 1 juta

9. SSC Tuatara


Satu lagi produk buatan Amerika iaitu, Tuatara dijual dengan harga $ 970,000

10. Porsche 918 Spyder


Di tempat terakhir adalah Porsche Spyder yang harganya $ 845,000

sumber : tabekpuang.blogspot.com


[Events] Big Bang Alive Concert 2012 in KL, Malaysia


Big Bang
SELEPAS berjaya menjual tiket konsert secara dalam talian dalam masa 30 saat di Indonesia, kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Big Bang yang dianggotai oleh G-Dragon, Taeyang, TOP, Seungri dan Daesung bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 27 Oktober ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sempena dengan konsert jelajah Big Bang Alive Galaxy Tour 2012.
Pastinya kedatangan mereka ke Malaysia dinanti-nantikan peminat apabila dikhabarkan kos produksi untuk konsert mereka di Kuala Lumpur menelan belanja sehingga RM4 juta. Sebanyak RM3 juta dilaburkan hanya kepada pentas semata-mata. Benar atau tidak, hanya penganjur yang membawa mereka iaitu Running Into The Sun yang mengetahuinya.
Bagi memastikan kualiti konsert jelajah kali ini, konsert Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 telah bekerjasama dengan tenaga produksi yang pernah bekerja untuk penghibur antarabangsa seperti pengarah kreatif, Laurieann Gibson yang bekerja untuk konsert Lady Gaga, Beyonce, Janet Jackson dan Katy Perry.
Bukan itu sahaja, pereka cahaya lampu, Leroy Bennett yang pernah bekerjasama dengan Madonna, Paul McCartney, dan Eagles serta jurutera bunyi, Ken Van Druten yang mendapat kepercayaan Eminem, Jay-Z dan Linkin Park turut terlibat dalam konsert Big Bang di Malaysia.
Menurut pihak penganjur, peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert harus bersedia apabila kaunter penjualan tiket dibuka pada 28 Julai ini di pusat beli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur bermula pukul 10.30 sehingga 6 petang.
"Sebanyak 12,000 tiket akan dijual pada 28 Julai ini. Peminat Big Bang, pastikan anda mendapatkan tiket kerana persembahan mereka berbaloi untuk ditonton," kata wakil penganjur.
Selain membeli tiket secara manual yang mula dijual pada harga RM98 sehingga RM688, peminat boleh dapatkan tiket secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari dengan melayari laman web www.ticketcharge.com.my. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh layari laman web pihak penganjur, www.runningintothesun.com.
Kumpulan Big Bang yang ditubuhkan pada tahun 2006 telah melahirkan lima buah album dan kini popular dengan lagu Blue serta Fantastic Baby .
sumber: ambooyats.blogspot.com

Friday 27 July 2012

Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Termahal Malaysia


Dahulu tiada siapa mengenali lelaki ini yang hanya bergelar seorang penjaga gol ketiga Kelantan. Namun kini semuanya sudah berubah apabila dirinya menjadi semakin popular di negara kita.

Melayukini.net – Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Termahal Malaysia| Siapa yang tidak kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat, antara penjaga gol Malaysia yang telah meningkat popular sejak membantu Malaysia dalam Piala AFF Suzuki Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui  pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan.
“Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kita menawarkan kontrak selama tiga tahun dan Apex bersetuju untuk terus bermain dengan Kelantan. Memang banyak negeri sebelum ini ada menawarkan peluang bermain kepada beliau. Tetapi beliau mengambil pendekatan duduk berbincang dengan saya mengenai masa depannya bersama Kelantan.

“Saya bangga dengan sikap beliau, tidak tergopoh-gapah di dalam membuat sesuatu keputusan. Apex merupakan produk Kelantan dan sudah pasti kita mahu bentuk personaliti beliau bukan setakat di dalam tetapi juga di luar padang,” katanya.
Tiga hari lalu, penjaga gol utama kebangsaan yang dikenali panggilan Apex memeterai perjanjian untuk kekal beraksi bersama Kelantan bagi tempoh tiga tahun sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau sebelum ini.

Mengulas mengenai desas-desus penghijrahan beberapa pemain Kelantan yang bertiup kencang ketika ini, Annuar memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemain The Red Warriors dalam menentukan hala tuju mereka bersama pasukan tersebut pada musim depan.

“Pemain beritahu saya, banyak negeri menemui mereka secara terus (menawarkan kontrak). Saya tidak halang dan beri kebebasan kalau ada mana-mana pemain yang mahu bermain dengan pasukan lain.

“Tetapi setakat yang saya tahu, tidak ada seorang pemain pun yang mahu berhijrah. Mereka mahu kekal di sini dan minta gaji dinaikkan. Kita tidak ada masalah dan bersedia memenuhi permintaan tersebut.

“Malah ada tujuh pemain menerima kenaikan gaji terus biarpun Liga Malaysia musim ini belum tamat. Mereka tandatangan (sambung kontrak) bulan lalu, kita terus naikkan gaji tanpa tunggu bulan November.

Dalam perkembangan sama, Annuar turut membayangkan kesediaannya melepaskan beberapa pemain yang gagal mendapat tempat dalam skuad The Red Warriors musim ini sebagai galakkan mereka meneruskan kerjaya masing-masing bersama pasukan lain.
sumber: melayukini.net 

Inilah Laptop Pertama Di Dunia Yang Harganya Sama Dengan Sebuah Kereta






Saat ini laptop makin kecil, ringkas, dan selesa dibawa ke mana pun kerana beratnya yang ringan. Namun, tahukah anda jika laptop generasi pertama ada yang memiliki berat 24 kg dan dianggarkan sama dengan harga kereta?

Ya, laptop tersebut memang sangat berat jika dibandingkan produk sejenisnya saat ini, bahkan dulu harga sangat luar biasa yakni dijual USD 19,975. Cukup untuk membeli satu kereta keluarga saat ini.

Komputer pembawa tersebut juga tidak mempunyai lama TV, seperti MacBook Air atau Ultrabook, melainkan hanya disebut IBM Portable PC 5100. Sedangkan spesifikasi laptop tersebut antara lain:



CPU: IBM proprietary, 1.9 MHz
RAM: 16K, 64K max
Display: 5 "monochrome monitor 64 X 16 text
Storage: Internal 200K tape (DC300)
Ports: tape / printer I / O port
OS: APL and / or BASIC

Menurut laman wikipedia, komputer pembawa pertama di dunia ini mulai dijual secara masal pada tahun 1975 namun mula dihentikan pengeluarannya pada tahun 1978.
Kira-kira seperti inilah saat pengguna 'menjingjing' IBM Portable PC 5100.



sumber: tabekpuang.blogspot.com

Lelaki Tukar Muka Menjadi Muka Anjing



Seorang lelaki telah hilang akal apabila sanggup mengubah mukanya yang agak kacak kepada seekor anjing hitam yang hodoh. Mari kita lihat kebodohan lelaki ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Melayukini.net – Lelaki Tukar Muka Menjadi Muka Anjing | Gila! Inilah perkataan pertama yang penulis ingin sampaikan. Seorang lelaki yang berkemungkinan besar kehilangan kewarasan fikiran telah bertindak untuk menukar wajahnya yang agak kacak itu kepada seekor anjing secara kekal. Pembedahan kosmetik muka lelaki gila ini telah dijalankan di sebuah tempat yang tidak diketahui. Ingatlah bahawa sedangkan lelaki yang menyerupai seorang perempuan pun hukumya haram, inikan pula ingin menyerupai seekor anjing? Manusia kini sudah berani melakukan perkara di luar tabie sebegini. Tidak hairanlah gempa bumi berlaku di seluruh dunia kerana ada golongan melampau batas seperti ini. Mari kita lihat transformasi muka manusia kepada anjing yang dibuat oleh lelaki gila ini.




Muka Asal Lelaki Anjing. Hensem Je.

sumber: melayukini.net

9 Haiwan Pelik Yang Pernah Ada Di Dunia Ini


                                                                 1. Katak Kepala 3
Ditemui di Inggeris oleh seorang budak. Kononnya, pada mempercayai kalau katak ini ada akibat pencemaran alam sekitar yg menyebabkan mutasi.




                                                             2. Anak Kucing Mata 1
 Sempat dikatakan sebagai manipulasi gambar, tapi ternyata tidak. Hidup selama 1 hari, dan tidak memiliki hidung.

3. Ayam Tanpa Kepala 
Mampu bertahan hidup selama 18 bulan ke depan tanpa kepala. Namun, ayam ini boleh bertahan hidup kerana sebahagian besar dari teras otak dan telinganya masih ada di tubuhnya. Mike adalah ayam yg masuk ke dalam Guiness world of records.



                                                               4. Beruang Ungu Pelusa,
 seekor beruang kutub betina mempunyai bulu berwarna ungu setelah mendapat treatment untuk kulit. Pelusa dapat ditemui di taman Haiwan Mendoza City di Argentina. Namun beberapa hari kemudian, bulu Pelusa kembali ke warna asalnya, iaitu putih.


5. Lumba-Lumba Wekz ... 
Lumba-lumbayganeh. Tapi ikan lumba-lumba yg ditemui di Pear River Delta ini bukan lumba2 biasa. Banyak andaian yg berkembang tentang lumba2 ini, tapi tak tahu mana yg benar.


6. Lembu
 berkaki 6 Diberi nama Cham Lenk, yang bermaksud pelik.


7.Sunfish 
Ikan laut terbesar jenis Sunfish paling aneh. Dia punya bentuk hampir bulat, dan badan yg rata. Beratnya sampai 2 tan dan 3 m panjangnya. Kepalanya hampir 3x dari panjang keseluruhan badannya


8.Liger
Katanya harimau siberian adalah kucing yang terbesar di dunia. Wow ... jangan salah. Kucing terbesar di dunia adalah Liger, iaitu anak dari singa jantan dan harimau betina


9.Tigon 
Tigon adalah gabungan dari harimau jantan dan singa betina.


sumber: tabekpuang.blogspot.com

Inilah Jalan Raya Yang Paling Mengerikan Di Dunia

Bolivia 's "Road of Death"
Nama jalan yang berada di Bolivia adalah North Yungas Road, jalan ini adalah jalan yang paling mengerikan di dunia. Kira-kira setiap dua minggu sekali akan terjadi satu kemalangan fatal di jalan tersebut dan setiap tahun sekitar 200-300 orang meninggal di jalan yang panjang nya sekitar 80 km tersebut. Pada tahun 1995, Inter-American Development Bank menamakan laluan ini sebagai jalan yang paling berbahaya di dunia..



Jalan ini merupakan jalan satu-satu nya menuju sebuah bandar yang terletak di atas jalan tersebut Selain jalan nya yang dipinggir jurang dan tanpa sekatan, jalan yang licin, berkabut yang menutupi jalan juga membuat banyaknya kereta-kereta yang jatuh ke dalam jurang.








sumber: tabekpuang.blogspot.com

Bayi kena sembelih di tempat pembuangan sampah


                                          BAYI malang dirawat di hospital tempatan di Anshan, Liaoning.

BEIJING: Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam.
Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.
“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.
“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.
Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.
Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. – DM
sumber: harian metro online

Thursday 26 July 2012

Resepi Bergedel Tauhu


Bergedel Tauhu

Bahan - Bahan
10 ketul tauhu ~ dilenyek hingga halus
150 gram daging kisar                                                                                                        
2 biji telur ayam, di pukul ringan
Daun bawang ~ dihiris halus
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

Bahan Rempah
Chicken stock secukupnya
4 ulas bawang putih ~ dicincang halus
Serbuk lada sulah dan garam secukupnya
1 - 1/2 sudu makan kicap masin

Cara Membuatnya
1. Masukkan telur yang sudah dipukul tadi ke dalam adunan tauhu yang
telah di haluskan. Tabur daun bawang, kacau hingga sebati dan ketepikan.

2. Tumis daging kisar tanpa minyak hingga air mengering. Masukkan chicken
stock dan cincangan bawang putih. Masukkan lada sulah, garam secukupnya.
Masukkan kicap masin gaul hingga sebati. Tuang tumisan daging kisar ke dalam
adunan tauhu, masukkan tepung gandum, kacau lagi sehinggga adunan sebati.

3. Panaskan minyak, bentukkan adunan menjadi bulat, goreng hingga kekuningan.


               
   sumber ~ dapoer kami & recipes house
                      

RESEPI BISKUT CINTA


Biskut Cinta



Bahan - Bahan :
250 gram mentega
20 gram lemak sayuran 
140 gram gula aising
2 biji kuning telur
3 camca besar mentega kacang halus
80 gram serbuk kacang hazel

Dikacau rata :
1 camca teh serbuk kopi segera
1 camca teh air panas

Bahan diayak :
390 gram tepung serba guna
100 gram tepung kastad
1/2 camca teh serbuk penaik

Bahan Hiasan :
100 gram jem strawberi, dipanaskan

Cara Membuat :
Putar mentega bersama lemak sayuran, gula dan kuning telur sehingga sebati.
Masukkan mentega kacang dan pes kopi. Campur bahan ayak dan kacang hazel,
uli menjadi doh. Canai doh setebal 4 mm, terap menggunakan acuan bentuk hati.

Bakar pada suhu 180 C, 20  minit atau sehingga masak. Biar suam sebelum
disapu jem dan tangkup dua keping. Biar sejuk sebelum disimpan.

   Sumber: Recipes House

myazambib.blogspot.com

Strawberry Jam Cookies




Mencuba resepi dari Wendy@tablefor2ormore, olahan Hanamemories.blogspot.com

Bahan - bahannya :
115 gram butter - saya guna marjerin
50 gram gula custor
170 gram tepung gandum
jam strawberry secukupnya


Cara Membuatnya :

Pukul butter / marjerin dan gula sehingga ringan dan kembang. Masukkan tepung.
Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan anggaran sebiji limau calamansi. Kemudian
Leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah doh untuk membuat lubang. Masukkan
jam. Panaskan oven pada suhu 180. Bakar selama 12 minit  hingga keperangan.


                                                                                       

RESEPI TAT NENAS


Tat Nanas


Bahan Inti :
400 gram nanas - diparut
125 gram gula pasir
1/8 sudu teh garam
3 biji cengkih
3 cm kayu manis
1/2 sudu teh air perahan lemon

Bahan Kulit :
100 gram mentega
50 gram marjerin
50 gram gula aising
2 biji kuning telur
75 gram serbuk badam
175 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
15 gram susu tepung

Bahan Sapuan ( kacau rata ) :
2 biji kuning telur
1 sudu teh krim pekat
1/8 sudu teh  madu

Cara Membuat :
Inti : masak nanas sehingga air menyerap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih
dan kayu manis. Kacau lagi sehingga kering. Masukkan air perahan lemon. Kacau
rata. Sejukkan.

Kulit : pukul mentega, marjerin dan gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning
telur. Pukul rata. Masukkan serbuk badam. Kacau rata. Masukkan tepung gandum,
tepung jagung dan susu tepung sambil diayak dan dikacau rata.

Ambil adunan kulit, isi sedikit doh dalam acuan tat, picit memanjang. Letakkan
inti nanas dan gulung dengan kemas. Letakkan di loyang yang disapu marjerin.
Bakar selama 15 minit dengan suhu ketuhar 150 C. 
                        
sumber: Recipes House

KADAR ZAKAT FITRAH 2012 SELURUH MALAYSIA



APA ITU ZAKAT FITRAH?
  • Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
  • Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.
  • Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.
Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2012/1433H:-


Sumber: pipicomel.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...