Pages

Showing posts with label Gadis. Show all posts
Showing posts with label Gadis. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

Gila gajet canggih – gadis,14, melacurkan diri



JOHOR BAHRU: Kegilaan terhadap pelbagai gajet dan alat telekomunikasi canggih menyebabkan seorang gadis berusia 14 tahun menjual tubuh termasuk meniduri lelaki berusia 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka itu.
Perlakuan pelajar tingkatan dua dari Ulu Tiram, dekat sini, itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.
Gadis terbabit pada awalnya mendakwa gajet berkenaan kepunyaan rakan sekolah namun keluarga yang curiga membawanya mendapatkan kaunseling di Pejabat MCA Johor Jaya sebelum dia mengakui menjual tubuh kerana mahu memiliki barangan berkenaan.
Ketika berkongsi pengalamannya, gadis mahu dikenali sebagai Sarah berkata, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu sejak awal tahun ini.
“Setiap kali menjual tubuh, saya memperoleh RM200 hingga RM300. Jumlah itu lumayan dan membolehkan saya membeli pelbagai gajet terbaru seperti komputer tablet termasuk iPad dan telefon pintar, BlackBerry selain beg tangan berjenama terkenal. – Metro
(Gambar hanya illustrasi sahaja)

sumber: metro, kualalumpurpost.net

Gadis Miskin Jadi Mangsa Nafsu Orang Kaya Arab



KAHERAH – Pelancong kaya dari Teluk Parsi sanggup mengeluarkan belanja besar supaya dapat berkahwin sementara dengan gadis remaja Mesir ketika cuti musim panas, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Menurut kajian Pemerdagangan Orang diterbitkan jabatan itu, ‘pernikahan kontrak’ itu tidak terikat dengan undang-undang dan ia berakhir apabila lelaki terbabit kembali ke negara mereka di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait.
Bagaimanapun, ramai ibu bapa dan orang tengah mengetepikan peraturan berkenaan. Untuk membolehkan pernikahan dilangsungkan, pihak terbabit memalsukan sijil kelahiran – sama ada untuk menambah usia bakal pengantin perempuan atau ‘memudakan’ bakal pengantin lelaki.
Pada 2009, sebuah mahkamah di Iskandariah memenjara dua pendaftar kerana menjalankan pernikahan kontrak beratus-ratus remaja perempuan di bawah 18 tahun.
Islam mengharamkan seks sebelum nikah dan kebanyakan hotel dan pemilik bangunan menuntut pasangan yang ingin menginap di premis mereka supaya mengemukakan bukti pernikahan. Laporan Jabatan Negara AS itu menyatakan, ramai ibu bapa menjalankan pernikahan tanpa persetujuan anak perempuan mereka.
“Biasanya mangsa terpaksa bersetuju dengan apa yang diaturkan kerana keluarga mereka miskin,” kata laporan itu. Sesetengah mangsa dibawa pulang ke negara suami mereka untuk dijadikan pembantu rumah, manakala remaja yang ditinggalkan di Mesir biasanya dipulaukan masyarakat.
Keadaan menjadi lebih buruk jika remaja terbabit hamil dalam pernikahan kontrak itu. Kesannya, ramai remaja meninggalkan zuriat mereka di rumah anak yatim atau membiarkannya di jalanan.
“Ramai pengantin itu turut menjadi sasaran lelaki Mesir untuk dijadikan pelacur,” kata laporan itu. – UN
sumber: kualalumpurpost.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...