Pages

Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Friday, 27 July 2012

9 Haiwan Pelik Yang Pernah Ada Di Dunia Ini


                                                                 1. Katak Kepala 3
Ditemui di Inggeris oleh seorang budak. Kononnya, pada mempercayai kalau katak ini ada akibat pencemaran alam sekitar yg menyebabkan mutasi.




                                                             2. Anak Kucing Mata 1
 Sempat dikatakan sebagai manipulasi gambar, tapi ternyata tidak. Hidup selama 1 hari, dan tidak memiliki hidung.

3. Ayam Tanpa Kepala 
Mampu bertahan hidup selama 18 bulan ke depan tanpa kepala. Namun, ayam ini boleh bertahan hidup kerana sebahagian besar dari teras otak dan telinganya masih ada di tubuhnya. Mike adalah ayam yg masuk ke dalam Guiness world of records.



                                                               4. Beruang Ungu Pelusa,
 seekor beruang kutub betina mempunyai bulu berwarna ungu setelah mendapat treatment untuk kulit. Pelusa dapat ditemui di taman Haiwan Mendoza City di Argentina. Namun beberapa hari kemudian, bulu Pelusa kembali ke warna asalnya, iaitu putih.


5. Lumba-Lumba Wekz ... 
Lumba-lumbayganeh. Tapi ikan lumba-lumba yg ditemui di Pear River Delta ini bukan lumba2 biasa. Banyak andaian yg berkembang tentang lumba2 ini, tapi tak tahu mana yg benar.


6. Lembu
 berkaki 6 Diberi nama Cham Lenk, yang bermaksud pelik.


7.Sunfish 
Ikan laut terbesar jenis Sunfish paling aneh. Dia punya bentuk hampir bulat, dan badan yg rata. Beratnya sampai 2 tan dan 3 m panjangnya. Kepalanya hampir 3x dari panjang keseluruhan badannya


8.Liger
Katanya harimau siberian adalah kucing yang terbesar di dunia. Wow ... jangan salah. Kucing terbesar di dunia adalah Liger, iaitu anak dari singa jantan dan harimau betina


9.Tigon 
Tigon adalah gabungan dari harimau jantan dan singa betina.


sumber: tabekpuang.blogspot.com

Friday, 22 June 2012

Kucing susui tikus...huhu.. macam-macam


PELIK...anak Puralan melayan tikus seperti adik-beradik.
PELIK...anak Puralan melayan tikus seperti adik-beradik.
RANAU: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang ‘menumpang’ manja bersama ibu kucing berkenaan.
Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu.

“Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong ‘anaknya’ yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat.
“Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan.

“Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri.
“Malah, ibu kucing dilihat melayan ‘anak istimewanya’ sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya,” katanya.

Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai.
“Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah.

“Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan.

sumber: hmetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...