Pages

Saturday, 28 July 2012

[Events] Big Bang Alive Concert 2012 in KL, Malaysia


Big Bang
SELEPAS berjaya menjual tiket konsert secara dalam talian dalam masa 30 saat di Indonesia, kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Big Bang yang dianggotai oleh G-Dragon, Taeyang, TOP, Seungri dan Daesung bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 27 Oktober ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur sempena dengan konsert jelajah Big Bang Alive Galaxy Tour 2012.
Pastinya kedatangan mereka ke Malaysia dinanti-nantikan peminat apabila dikhabarkan kos produksi untuk konsert mereka di Kuala Lumpur menelan belanja sehingga RM4 juta. Sebanyak RM3 juta dilaburkan hanya kepada pentas semata-mata. Benar atau tidak, hanya penganjur yang membawa mereka iaitu Running Into The Sun yang mengetahuinya.
Bagi memastikan kualiti konsert jelajah kali ini, konsert Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 telah bekerjasama dengan tenaga produksi yang pernah bekerja untuk penghibur antarabangsa seperti pengarah kreatif, Laurieann Gibson yang bekerja untuk konsert Lady Gaga, Beyonce, Janet Jackson dan Katy Perry.
Bukan itu sahaja, pereka cahaya lampu, Leroy Bennett yang pernah bekerjasama dengan Madonna, Paul McCartney, dan Eagles serta jurutera bunyi, Ken Van Druten yang mendapat kepercayaan Eminem, Jay-Z dan Linkin Park turut terlibat dalam konsert Big Bang di Malaysia.
Menurut pihak penganjur, peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert harus bersedia apabila kaunter penjualan tiket dibuka pada 28 Julai ini di pusat beli-belah Fahrenheit88, Kuala Lumpur bermula pukul 10.30 sehingga 6 petang.
"Sebanyak 12,000 tiket akan dijual pada 28 Julai ini. Peminat Big Bang, pastikan anda mendapatkan tiket kerana persembahan mereka berbaloi untuk ditonton," kata wakil penganjur.
Selain membeli tiket secara manual yang mula dijual pada harga RM98 sehingga RM688, peminat boleh dapatkan tiket secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari dengan melayari laman web www.ticketcharge.com.my. Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh layari laman web pihak penganjur, www.runningintothesun.com.
Kumpulan Big Bang yang ditubuhkan pada tahun 2006 telah melahirkan lima buah album dan kini popular dengan lagu Blue serta Fantastic Baby .
sumber: ambooyats.blogspot.com

Friday, 27 July 2012

Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Termahal Malaysia


Dahulu tiada siapa mengenali lelaki ini yang hanya bergelar seorang penjaga gol ketiga Kelantan. Namun kini semuanya sudah berubah apabila dirinya menjadi semakin popular di negara kita.

Melayukini.net – Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Termahal Malaysia| Siapa yang tidak kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat, antara penjaga gol Malaysia yang telah meningkat popular sejak membantu Malaysia dalam Piala AFF Suzuki Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui  pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan.
“Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kita menawarkan kontrak selama tiga tahun dan Apex bersetuju untuk terus bermain dengan Kelantan. Memang banyak negeri sebelum ini ada menawarkan peluang bermain kepada beliau. Tetapi beliau mengambil pendekatan duduk berbincang dengan saya mengenai masa depannya bersama Kelantan.

“Saya bangga dengan sikap beliau, tidak tergopoh-gapah di dalam membuat sesuatu keputusan. Apex merupakan produk Kelantan dan sudah pasti kita mahu bentuk personaliti beliau bukan setakat di dalam tetapi juga di luar padang,” katanya.
Tiga hari lalu, penjaga gol utama kebangsaan yang dikenali panggilan Apex memeterai perjanjian untuk kekal beraksi bersama Kelantan bagi tempoh tiga tahun sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau sebelum ini.

Mengulas mengenai desas-desus penghijrahan beberapa pemain Kelantan yang bertiup kencang ketika ini, Annuar memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemain The Red Warriors dalam menentukan hala tuju mereka bersama pasukan tersebut pada musim depan.

“Pemain beritahu saya, banyak negeri menemui mereka secara terus (menawarkan kontrak). Saya tidak halang dan beri kebebasan kalau ada mana-mana pemain yang mahu bermain dengan pasukan lain.

“Tetapi setakat yang saya tahu, tidak ada seorang pemain pun yang mahu berhijrah. Mereka mahu kekal di sini dan minta gaji dinaikkan. Kita tidak ada masalah dan bersedia memenuhi permintaan tersebut.

“Malah ada tujuh pemain menerima kenaikan gaji terus biarpun Liga Malaysia musim ini belum tamat. Mereka tandatangan (sambung kontrak) bulan lalu, kita terus naikkan gaji tanpa tunggu bulan November.

Dalam perkembangan sama, Annuar turut membayangkan kesediaannya melepaskan beberapa pemain yang gagal mendapat tempat dalam skuad The Red Warriors musim ini sebagai galakkan mereka meneruskan kerjaya masing-masing bersama pasukan lain.
sumber: melayukini.net 

Inilah Laptop Pertama Di Dunia Yang Harganya Sama Dengan Sebuah Kereta






Saat ini laptop makin kecil, ringkas, dan selesa dibawa ke mana pun kerana beratnya yang ringan. Namun, tahukah anda jika laptop generasi pertama ada yang memiliki berat 24 kg dan dianggarkan sama dengan harga kereta?

Ya, laptop tersebut memang sangat berat jika dibandingkan produk sejenisnya saat ini, bahkan dulu harga sangat luar biasa yakni dijual USD 19,975. Cukup untuk membeli satu kereta keluarga saat ini.

Komputer pembawa tersebut juga tidak mempunyai lama TV, seperti MacBook Air atau Ultrabook, melainkan hanya disebut IBM Portable PC 5100. Sedangkan spesifikasi laptop tersebut antara lain:



CPU: IBM proprietary, 1.9 MHz
RAM: 16K, 64K max
Display: 5 "monochrome monitor 64 X 16 text
Storage: Internal 200K tape (DC300)
Ports: tape / printer I / O port
OS: APL and / or BASIC

Menurut laman wikipedia, komputer pembawa pertama di dunia ini mulai dijual secara masal pada tahun 1975 namun mula dihentikan pengeluarannya pada tahun 1978.
Kira-kira seperti inilah saat pengguna 'menjingjing' IBM Portable PC 5100.



sumber: tabekpuang.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...