Pages

Showing posts with label The Red Warrior. Show all posts
Showing posts with label The Red Warrior. Show all posts

Friday, 27 July 2012

Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Termahal Malaysia


Dahulu tiada siapa mengenali lelaki ini yang hanya bergelar seorang penjaga gol ketiga Kelantan. Namun kini semuanya sudah berubah apabila dirinya menjadi semakin popular di negara kita.

Melayukini.net – Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Termahal Malaysia| Siapa yang tidak kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat, antara penjaga gol Malaysia yang telah meningkat popular sejak membantu Malaysia dalam Piala AFF Suzuki Dengan pendapatan selaku duta dan pemain bola sepak mencecah ratusan ribu ringgit, penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat kini dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini.


Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui  pendapatan di luar padang penjaga gol berusia 23 tahun itu sudah mencecah ratusan ribu ringgit malah lebih banyak daripada gaji yang terima beliau bermain dengan Kelantan.
“Kafa menaikkan sejumlah gaji yang cukup lumayan sebaik sahaja Apex menandatangani kontrak baru-baru ini. Saya percaya, beliau merupakan penjaga gol termahal ketika ini.,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kita menawarkan kontrak selama tiga tahun dan Apex bersetuju untuk terus bermain dengan Kelantan. Memang banyak negeri sebelum ini ada menawarkan peluang bermain kepada beliau. Tetapi beliau mengambil pendekatan duduk berbincang dengan saya mengenai masa depannya bersama Kelantan.

“Saya bangga dengan sikap beliau, tidak tergopoh-gapah di dalam membuat sesuatu keputusan. Apex merupakan produk Kelantan dan sudah pasti kita mahu bentuk personaliti beliau bukan setakat di dalam tetapi juga di luar padang,” katanya.
Tiga hari lalu, penjaga gol utama kebangsaan yang dikenali panggilan Apex memeterai perjanjian untuk kekal beraksi bersama Kelantan bagi tempoh tiga tahun sekali gus menamatkan spekulasi mengenai penghijrahan beliau sebelum ini.

Mengulas mengenai desas-desus penghijrahan beberapa pemain Kelantan yang bertiup kencang ketika ini, Annuar memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemain The Red Warriors dalam menentukan hala tuju mereka bersama pasukan tersebut pada musim depan.

“Pemain beritahu saya, banyak negeri menemui mereka secara terus (menawarkan kontrak). Saya tidak halang dan beri kebebasan kalau ada mana-mana pemain yang mahu bermain dengan pasukan lain.

“Tetapi setakat yang saya tahu, tidak ada seorang pemain pun yang mahu berhijrah. Mereka mahu kekal di sini dan minta gaji dinaikkan. Kita tidak ada masalah dan bersedia memenuhi permintaan tersebut.

“Malah ada tujuh pemain menerima kenaikan gaji terus biarpun Liga Malaysia musim ini belum tamat. Mereka tandatangan (sambung kontrak) bulan lalu, kita terus naikkan gaji tanpa tunggu bulan November.

Dalam perkembangan sama, Annuar turut membayangkan kesediaannya melepaskan beberapa pemain yang gagal mendapat tempat dalam skuad The Red Warriors musim ini sebagai galakkan mereka meneruskan kerjaya masing-masing bersama pasukan lain.
sumber: melayukini.net 

Sunday, 1 July 2012

Video terbaru dari Khairul Fahmi Che Mat







haha... sambil2 puas dok sajo...pekeno tea secawe... apo kato laye Video terbaru dari Khairul Fahmi Che Mat, nak tgk apex berlakon..... jommmmm tgk video kt bwh...... cekidauttttt....






ape macam..... agak2 beh tukar bidang tak?????... pepon.... gomo apek gomo... janji masyukkkkk....
hehe....zaaasssss....



Friday, 29 June 2012

KELANTAN RAMPAS TAKHTA LIGA SUPER


KELANTAN RAMPAS TAKHTA LIGA SUPER DAN HANYA MEMERLUKAN 2 LAGI KEMENANGAN UNTUK MENJUARAI LIGA SUPER 2012.












Jom layan gol dari ghaddar... cekidouttt.....


Video Gol Kelantan dari M.Ghaddar ( Kredit : Sokernet.com )

sumber: kelantanfa.com

Thursday, 28 June 2012

PEMAIN & PEGAWAI PASUKAN KELANTAN TERIMA BONUS RM500 RIBU

BONUS UNTUK KELANTAN FA
Badhri Radzi memegang Replika Cek Berjumlah Rm300,000 di satu majlis bersama
wartawan di Hotel Renaissance sebentar tadi.
Durian runtuh buat pemain dan pegawai pasukan The Red Warriors apabila menerima Bonus Rm500 Ribu kerana berjaya menjulang Piala FA buat pertama kali dalam sejarah.

Sebanyak Rm300 ribu diberikan dalam bentuk wang untuk diagihkan manakala Rm200 ribu lagi akan diberi dalam pakej pelancongan ke Eropah iaitu ke Poland, Ukraine dan Belanda sejurus tamat saingan Piala Malaysia akhir tahun 2012 ini.

Sumber : J Photography

Wednesday, 27 June 2012

Carta Liga Super 2012


Carta Liga Super 2012 : Matchday 21...3 kemenangan lg diperlukan oleh TRW dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super 2012... 



sumber: Kelantan The Red Warriors

Monday, 25 June 2012

Kelantan Tidak Perlu Panik



Azman Ibrahim
Azman akui jentera serangan kurang persefahaman, namun misi tiga mata tercapai
KOTA BHARU – ‘Belum tiba masanya bagi kami menekan butang panik’. Itu komen Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim ketika ditanya mengenai prestasi hambar The Red Warriors buat kali ketiga setakat ini.
Malam kelmarin, Kelantan sekali lagi menghidangkan aksi di bawah keupayaan sebenar dan hanya mampu mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pasukan bermasalah, Sabah sehingga mengundang kritikan penyokong setia mereka.
“Mungkin pemain berdepan tekanan menjaringkan gol. Apabila Lions menang 9-0 dan PKNS FC membelasah Sabah 4-0, jadi sangkaan peminat kita mampu melakukan perkara sama,” katanya sejurus perlawanan berakhir.
Menurutnya, akibatnya pemain gagal bermain lebih tenang dan menghadapi kesukaran menjaringkan gol.
“Bagi saya soal berapa gol dijaringkan perkara nombor dua. Lebih mustahak kita meraih tiga mata dan pemain membuktikan malam ini (kelmarin).
“Anda dapat lihat Sabah hanya meletakkan penyerang tunggal dalam perlawanan ini. Strategi mereka bermain secara bertahan dan mahu memerangkap kita dengan serangan balas pantas. Itu yang turut dilakukan Kedah dan Kuala Lumpur ketika bertemu kita sebelum ini,” katanya.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan bimbingan Bojan Hodak menang 2-0 menerusi tandukan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid pada awal permainan dan jaringan Indra Putra Mahayuddin dalam masa kecederaan babak kedua.
Azman bagaimanapun tidak menganggap aksi hambar itu berpunca daripada kemerosotan prestasi Kelantan, sebaliknya menegaskan faktor kurang persefahaman di bahagian serangan sedikit menjejaskan persembahan keseluruhan.
“Saya mahu peminat bersabar serta menerima secara terbuka persembahan pasukan ketika ini. Apabila bertemu Terengganu nanti, kita harap dapat kembali menyesuaikan diri dengan corak sebenar,” katanya.
Sementara itu, pemangku jurulatih Sabah, Andrew Majanggim berkata, meski pun tewas, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain sambil membayangkan kebangkitan pasukannya bagi menamatkan baki enam perlawanan liga selepas ini.
“Pemain menunjukkan karakter positif dengan bermain lebih teratur dan mengikut arahan. Saya tahu Kelantan akan menyerang dan kita berjaya mengimbangi kekuatan mereka dengan bertahan.
“Sasaran awal kita mahu mengutip satu mata di Kota Bharu tidak tercapai. Tapi saya tidak kecewa kerana ramai pemain kita cedera. Kita akan bertemu Kedah (di Kota Kinabalu) selepas ini dan sudah pasti mahu menang bagi memperbaiki kedudukan dalam liga,” katanya.
sumber: kelantan.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...