APA ITU ZAKAT FITRAH?
- Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
- Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.
- Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.
Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2012/1433H:-
No comments:
Post a Comment