Wooo terbaca tentang perkara dilarang
dalam facebook dan aku nak berkongsi dengan korang sebagai peringatan
manalah tahu leka sangat beronline sampai tak sedar terbagitahu benda
yang boleh mendatangkan bahaya.
1. Tarikh lahir
Mendedahkan tarikh lahir korang sangat
berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau
menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir
sebagai kata kunci?
2. Nama ibu
Korang perlu tahu bahawa banyak laman
web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk
mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang
menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo
mesengger pun ada.
3. Alamat rumah
Tidak perlu rasanya sebarkan alamat
kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari
rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila korang ‘update’- “Yeay,
di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.” Take note that sebab aku pun
kerap bercuti sana sini.
4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu kornag takde
katirumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian
jiran untuk memantau rumah sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di
gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada
pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan
sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai
bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!
7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan
marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan
dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat
kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan
cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol
bersiri mencari korang.
8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman
sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari
jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.
9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik korang memberitahu
rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada
berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.
10. Gambar di dalam rumah.
Korang mempunyai televisyen LCD yang
baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru
membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’
akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah
sangatlah tinggi.
P/s: Pendapat peribadi, bukan semua
tentang kita patut di SHARE di dalam facebook mahupun twitter dan kat
sini lah letaknya privasi kita untuk keselamatan hari esok. Nampak remeh
tapi bila dah terjadi baru terngadah ye dak? Nak salahkan sape kalau
bukan diri sendiri?
Sumber : Mynewshub
No comments:
Post a Comment