Pages

Showing posts with label Majlis Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Majlis Kahwin. Show all posts

Sunday, 8 July 2012

Rumah Ella ‘Blackout’ Selama 2 Jam Menjelang Akad Nikah

Corat –Coret : Rumah Pengantin Bergelap Selama 2 Jam

Majlis akad nikah Ratu Rock Ella pada malam tadi berlangsung dalam suasana meriah walaupun berlaku masalah yang tidak disangka-sangka. Berikut beberapa perkara menarik yang ingin  kongsikan bersama:-

1) Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik. GUA difahamkan masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk penggunaan kediaman.
 
2) Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.

3) Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.

4) Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. GUA sendiri berselera menjamu selera.

5) Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.

6) Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan.

7) Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.

8) Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai)sebagai jurumekap. Menariknya, sebaik selesai menyolek Ella, Kak Sai terpaksa bergegas ke tiga lokasi bebbeza kerana perlu menyolek tiga pengantin lain.

9) Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.

10) Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin.  

(Gua.com.my)

Ella sah jadi isteri Azhar


AZHAR HUSAINI menyarungkan cincin pada jari Ella selepas mereka diijabkabulkan di Klang malam tadi.



Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 31, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di sini malam tadi.

Pasangan itu ditunangkan pada pukul 10 malam sebelum majlis akad nikah kira-kira 30 minit kemudian yang diuruskan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar.

Pada majlis yang berlangsung di rumah abangnya, Mohd. Noor Izam, Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.Ella ketika ditemui malam tadi bersyukur kerana majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu berjalan lancar.

sumber: kosmo online

Friday, 29 June 2012

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie Dan Reza Syah


Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31.
Majlis pernikahan yang dihadiri kira-kira 300 jemputan itu diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya kira-kira pukul 3.50 petang tadi.
GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE
Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.

GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE
Irma Hasmie menerima tiga dinar emas (yang nilainya dianggarkan berjumlah RM2,220) sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Dalam pada itu, Irma turut menerima 11 dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, jam tangan, tas tangan, coklat, manisan, set mandian dan sirih junjung.
Manakala Irma pula membalas dengan 13 dulang hantaran yang antaranya adalah sebentuk cincin, komputer riba, Al-Quran, sejadah, kurma dan sirih junjung.
GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE
Untuk info, majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada pukul 8 malam.
GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE

Pelamin
Sumber gambar: mStar, GUA, 2dayblogger


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...