Pages

Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Artis Malaysia. Show all posts

Sunday, 8 July 2012

Rumah Ella ‘Blackout’ Selama 2 Jam Menjelang Akad Nikah

Corat –Coret : Rumah Pengantin Bergelap Selama 2 Jam

Majlis akad nikah Ratu Rock Ella pada malam tadi berlangsung dalam suasana meriah walaupun berlaku masalah yang tidak disangka-sangka. Berikut beberapa perkara menarik yang ingin  kongsikan bersama:-

1) Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik. GUA difahamkan masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk penggunaan kediaman.
 
2) Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.

3) Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.

4) Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. GUA sendiri berselera menjamu selera.

5) Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.

6) Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan.

7) Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.

8) Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai)sebagai jurumekap. Menariknya, sebaik selesai menyolek Ella, Kak Sai terpaksa bergegas ke tiga lokasi bebbeza kerana perlu menyolek tiga pengantin lain.

9) Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.

10) Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin.  

(Gua.com.my)

Ella sah jadi isteri Azhar


AZHAR HUSAINI menyarungkan cincin pada jari Ella selepas mereka diijabkabulkan di Klang malam tadi.



Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 31, dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan mereka di sini malam tadi.

Pasangan itu ditunangkan pada pukul 10 malam sebelum majlis akad nikah kira-kira 30 minit kemudian yang diuruskan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharuddin Abu Bakar.

Pada majlis yang berlangsung di rumah abangnya, Mohd. Noor Izam, Ella menerima mas kahwin berjumlah RM50,300 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.Ella ketika ditemui malam tadi bersyukur kerana majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu berjalan lancar.

sumber: kosmo online

Sunday, 1 July 2012

Video terbaru dari Khairul Fahmi Che Mat







haha... sambil2 puas dok sajo...pekeno tea secawe... apo kato laye Video terbaru dari Khairul Fahmi Che Mat, nak tgk apex berlakon..... jommmmm tgk video kt bwh...... cekidauttttt....






ape macam..... agak2 beh tukar bidang tak?????... pepon.... gomo apek gomo... janji masyukkkkk....
hehe....zaaasssss....



Friday, 29 June 2012

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Irma Hasmie Dan Reza Syah


Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31.
Majlis pernikahan yang dihadiri kira-kira 300 jemputan itu diadakan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya kira-kira pukul 3.50 petang tadi.
GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE
Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer dinikahkan sendiri oleh bapa Irma iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad.

GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE
Irma Hasmie menerima tiga dinar emas (yang nilainya dianggarkan berjumlah RM2,220) sebagai mas kahwin sementara jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Dalam pada itu, Irma turut menerima 11 dulang hantaran antaranya sebentuk cincin, jam tangan, tas tangan, coklat, manisan, set mandian dan sirih junjung.
Manakala Irma pula membalas dengan 13 dulang hantaran yang antaranya adalah sebentuk cincin, komputer riba, Al-Quran, sejadah, kurma dan sirih junjung.
GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE
Untuk info, majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada 1 Julai ini di Dewan D2, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada pukul 8 malam.
GAMBAR PERNIKAHAN IRMA HASMIE

Pelamin
Sumber gambar: mStar, GUA, 2dayblogger


Thursday, 28 June 2012

Lisa Surihani Halau Yusry??

Lisa Surihani halau Yusry? Sebelum ini ada timbul cerita kononnya Lisa Surihani ‘halau’ Yusry dari datang ke set penggambaran filem Dendam Orang Mati.

Lisa Surihani Halau Yusry
Lisa Surihani dan Yusry

Apabila Lisa Surihani ditanya tentang isu yang di fahamkan beliau halau Yusry dari datang ke set penggambaran filem Dendam Orang Mati, Lisa tergelak dan berkata :-
Saya bukan halau dia datang cuma saya tak bagi dia ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat kena di lakonkan.
Ketika itu saya kena lakonkan babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang atau dia ada di depan mata, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Namun saya tetap bagi dia datang selepas selesai sahaja lakonkan babak tersebut.

Malah sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem ‘Ular’ dan memerlukan babak yang kami harus memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Walaubagaimana pun Lisa rasa memang tak boleh kerana tiap kali tengok wajah dia saja, Lisa akan cair.
Sempat ditanya soal anak pula, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang lagi mengenai soal cahaya mata.

Lisa yang bakal muncul dengan filem ‘Saya Amat Mencintaimu’ dan ‘Istanbul Akan Datang’ pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti.

Buat masa ini, kami berulang-alik ke rumah keluarga Lisa dan juga dia. Rumah kami berdua kini masih dalam pembinaan dan akan siap tidak lama lagi. Idea asal bagi dekorasi rumah baru kami adalah dari ilham Yusry sendiri. Memandangkan citarasa kami juga agak sama, jadi tidak susah untuk buat keputusan mengenai konsep rekaan dalaman rumah kami itu. Bagi rumah baru kami ini, kami telah bersepakat mengambil konsep English,Europian dan American

sumber: digg.com

Friday, 22 June 2012

Erra Fazira doa yang terbaik selesai isu rumahtangga



Fazira Wan Chik atau Erra Fazira sejak dua tiga bulan ini tidak pernah lekang dari diusik berkenaan isu rumah tangga. Lumrah menjadi seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai, Erra Fazira mengakui hakikat itu tetapi dia tidak mahu isu rumah tangga nya terlalu diceritakan kepada media bagi menjaga hati anaknya, Engku Aleesya. Sekitar dua tiga bulan lepas, kecoh juga dengan isu suami Erra iaitu Engku Emran dikatakan berkahwin lagi dan tidak tinggal sebumbung dengan Erra. Menepis dakwaan itu, dia berkata adat berumah tangga pasti ada pasang surutnya, namun dia berdoa yang terbaik untuk kebahagiaan semua orang.

Erra Fazira dan Engku Aleesya

Erra Fazira doa yang terbaik selesai isu rumahtangga - Terbakor

Rumah tangga Erra Fazira

TENANG dan masih cantik seperti selalu, Fazira Wan Chik atau nama pentasnya, Erra Fazira ketika ditemui pada majlis tayangan telefilem Parut Ashikin arahan Sabri Yunus baru-baru ini.
Usai tayangan tamat, Erra seperti sudah mengerti soalan yang berputar di kepala pihak media.
Sejak kebelakangan ini kisah kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Engku Emran Zainal Abidin yang dinikahi pada 25 Oktober 2007 tidak pernah surut.
Pelbagai spekulasi yang muncul. Ada yang mendakwa pasangan ini telah menghadiri sesi kaunseling, sudah tidak tinggal sebumbung dan juga suaminya sudah berkahwin lain.
Kebenarannya, hanya Erra dan Emran sahaja yang tahu. Akui Erra, dia agak rimas apabila kisah rumah tangganya menjadi tatapan umum dan pelbagai versi cerita sampai ke telinganya.
“Memang rimas sebab tidak habis-habis orang bercakap tentang rumah tangga saya. Saya ingin berpesan, kata-kata itu satu doa. Jadi janganlah bercakap yang bukan-bukan tentang perkahwinan saya.
“Kalau boleh cakap yang elok sahaja. Dalam dunia, semua orang mencari kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan jiwa, sama juga seperti saya,” ujarnya mohon pengertian.
Tidak menafikan dalam rumah tangganya terdapat masalah yang melanda, tegas Erra tanyalah mana-mana pasangan suami isteri, mereka juga menghadapi masalah yang sama.
“Saya tidak boleh tipu, biasalah dalam rumah tangga, ada masalah dan pasang surutnya. Jujurnya, saya tidak tahu sejauh mana spekulasi di luar sana bercakap tentang rumah tangga saya. Macam-macam yang saya dengar tetapi hakikatnya tidak pula seperti yang diperkatakan orang,” ucapnya tenang.
Tekanan
Disoal mungkin kerana awal perkahwinan mereka kelihatan begitu romantis dan suaminya cukup rajin mengikut Erra ke acara hiburan, tetapi kini tidak lagi menyebabkan kontroversi rumah tangganya semakin melarat.
Erra mengangguk kepala tanda setuju dan membalas: “Ya, mungkin dulu dia selalu ikut saya, tetapi sekarang dia sudah berhenti teman saya.
“Sebagai isteri, saya tidak boleh paksa kerana saya hormati dia yang tidak berminat untuk masuk ke dunia hiburan. Saya juga jarang sekali menemani dia ke majlis yang melibatkan kerjayanya.”
Apabila ditanya apakah reaksi Emran apabila kontroversi rumah tangganya berlegar-legar di media massa, jawab Erra: “Saya tidak boleh menjawab soalan itu bagi pihaknya, lebih baik tanya dia sendiri.”

 Baju Kurung Manik Termurah di Pasaran. Menangi RM50 dengan mudah!  

Baik keluarga Erra mahupun Emran, kata Erra keluarganya lebih tahu apa yang berlaku dan tidak perlu untuk dijelaskan kepada mereka.
“Saya tidak perlu beri penjelasan kepada mereka, keluarga saya tahu saya macam mana, begitu juga dengan keluarga Emran, mereka lebih kenal anak mereka,” tuturnya.
Walaupun berjiwa kental dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai anak seni, jiwa wanita Erra juga rapuh seperti wanita lain apabila kisah rumah tangga menjadi bahan bualan orang sekeliling.
Tertekan dengan kontroversi, Erra menyalurkan tekanan itu dengan menyibukkan diri dengan kerja.
“Saya melepaskan tekanan dengan menyibukkan diri terhadap kerja serta fokus untuk anak saya, Engku Aleesya yang kini berusia tiga tahun,” katanya.
Bimbang anaknya akan menerima kesan daripada kontroversi yang melanda, tegas Erra dia sedaya upaya mahu mengembangkan minda Aleesya agar tidak mendapat tekanan.
“Saya akan membuat dia sentiasa gembira, saya tidak mahu perkara yang diluar kawalan saya memberi tekanan kepadanya,” getus Erra.
Sedar dirinya seorang selebriti, pintanya bukan semua perkara boleh dikongsi bersama orang ramai.
“Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan saya kerana setiap kata-kata ada batasnya. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak boleh terlalu terbuka untuk bercakap soal rumah tangga sendiri,” katanya minta difahami.
Kekal popular
Meskipun ramai artis baharu yang muncul, pada usia 38 tahun Erra masih lagi laku dan menjadi buruan pihak penerbit. Menjadi wajah eksklusif Astro untuk drama sehingga 2013, Erra bersyukur dengan perjalanan kerjanya.
“Bercakap tentang kerja, pengalaman hidup serta pendedahan kepada bermacam perkara, saya bersyukur jalan yang saya lalui. Pahit, manis pengalaman itu menjadikan saya Erra Fazira yang dilihat hari ini,” ujarnya.
Pernah menerima jolokan primadona filem Melayu, Erra sendiri tidak menyangka dirinya kekal bertahan sehingga ke hari ini.
“Mungkin saya laku sebab saya ada kontrak dengan Astro, jika tidak, saya pun tidak tahu bagaimana nasib saya. Setakat hari ini saya tidak pernah merungut tentang kerjaya,” tuturnya berterus-terang.
Terkini, Erra sibuk dengan penggambaran drama Mencari Juwita bersama Lisa Surihani dan Umie Aida dan drama Pontianak Beraya untuk siaran Aidilfitri kelak.
Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ramadan yang akan menjelang, Erra akan sibuk dengan latihan teater Tun Siti Hasmah yang dijangka menemui penonton pada 30 Ogos depan di Istana Budaya.
“Alhamdulillah, saya masih sibuk bekerja. Saya bekerja hanya untuk besarkan anak. Jadual saya juga padat sehingga kena aturkan masa sebaik mungkin,” katanya.
Erra yang muncul pertama kali sebagai pelakon menerusi filem Sembilu pada tahun 1994, kini lebih memilih naskhah seni yang diberi kepadanya. Misalnya, Telefilem Sanggul Beracun.
Tele filem tersebut telah mengangkat Erra pada tahap yang berbeza, apabila lakonannya cukup berkesan sehingga drama itu dinobat sebagai drama terbaik pada Anugerah Skrin 2011.
“Saya bermula dengan naskhah komersial, saya tidak cukup didedahkan dengan naskhah yang berat dan serius. Sebagai pelakon, menjadi tanggungjawab untuk memberi peningkatan terhadap mutu lakonan.
“Apabila saya mula terlibat dengan naskhah berat, orang mula memberi perhatian kerana sebelum ini saya sering bawa watak yang ringan sahaja. Jadi, itu sesuatu yang baharu membuatkan saya terus kekal bertahan dalam industri lakonan,” jawabnya.


Sumber : Kosmo & digg.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...