Pages

Showing posts with label Pesanan. Show all posts
Showing posts with label Pesanan. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

DIET UNTUK KEHAMILAN


Apabila memperkatakan tentang diet, harus diingatkan bahawa diet yang seimbang ialah diet yang sihat. Ini tidak bermakna anda harus kurangkan pengambilan makanan kerana ingin menurunkan berat badan tetapi anda harus tahu apa yang anda makan samada ianya sihat atau tidak. Di sini dilampirkan beberapa cara untuk mendapatkan diet yang sihat untuk memudahkan anda untuk hamil. Anda boleh mulakannya hari ini.
Kurangkan pengambilan kafein
Elakkan dari kerap minum kopi. Kajian yang dijalankan oleh Leondires menunjunkkan kafein menyempitkan saluran darah, memperlahankan peredaran darah ke uterus dan berpotensi untuk menyukarkan ovum untuk melekat di dinding rahim. Jika anda seorang penggemar kopi, anda bolehlah memulakan cara baru dengan mengurangkan kandungan kopi yang diambil dengan melebihkan susu berprotein. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda menambahkan kalsium di dalam badan. Jika anda terus berhenti secara mengejut dari mengambil kafein, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah sakit kepala.
Kawal pengambilan karbohidrat
Tidak bermakna anda harus mengurangkan pengambilan nasi, roti atau pasta. Tetapi anda harus mengambilnya dalam kadar yang berpatutan.
Jika anda mempunyai PCOS (polycystic ovary syndrome) yang merupakan salah satu faktor biasa yang menyukarkan wanita untuk hamil, anda perlu mengambil berat tentang makanan yang terdiri dari bijiran. PCOS ialah hormone yang tidak seimbang yang mungkin bertambah teruk jika tahap insulin dalam darah tidak stabil. Penyebab utama di sebalik insulin yang banyak ialah dari pengambilan karbohidrat. Pakar kesuburan Leondires menyatakan apabila wanita yang mempunyai PCOS makan banyak kandungan karbohidrat, insulin yang mengalir dalam darah akan menyebabkan berlaku proses pengovulan yang tidak normal.
Banyakkan pengambilan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral, ia juga merupakan membekalkan phytochemical dan anti-oksidan. Alam sekeliling yang sememangnya terdedah dengan pelbagai molekul halus dari cahaya matahari sehinggalah ke asap kenderaan boleh merosakkan penghasilan sperma, ovum dan sistem reproduktif yang sihat.
Dapatkan sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna seperti beri biru, capsicum dan strawberi. Semakin banyak campuran warna asli dari buah-buahan dan sayuran yang anda ambil, semakin banyak nutrient yang anda dapat. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.
Jadilah cerewet apabila ingin makan ikan
Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang terbaik. Tetapi anda harus berhati-hati kerana bukan semua ikan boleh dimakan kerana sesetengahnya mengandungi kandungan mercury yang tinggi dan ini adalah perkara yang harus dielakkan oleh ibu hamil. Merkuri adalah sangat berbahaya kepada fetus yang sedang membesar dan ianya boleh kekal aktif dalam tubuh seorang wanita lebih dari satu tahun.
Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana bukan semua ikan mempunyai kandungan merkuri. Wanita yang ingin hamil bolehlah makan ikan keli, udang, tuna, salmon.
Walaupun kadangkala anda tidak begitu mengambil berat tentang makanan laut, tetapi sumber omega-3 adalah sangat penting untuk perkembangan otak bayi dan proses tumbesaran mata. Ianya rendah lemah dan kaya dengan protein, vitamin D dan beberapa nutrient penting untuk membantu bayi anda membesar dan melalui tempoh kehamilan yang sihat.
Badan anda mampu menyimpan omega-3 untuk beberapa minggu, jadi ia adalah satu idea yang bagus untuk menyediakan badan anda dalam keadaan yang sihat sebelum anda hamil.
Yang paling penting ialah banyakkan mengambil ikan yang segar dan elakkan makanan laut yang telah pun ditinkan.
Banyakkan zat besi dalam badan
Banyakkan badan anda dengan zat besi sebelum anda hamil terutamanya jika anda melalui tempoh haid yang banyak dan panjang.
Banyakkan makan daging merah atau sayuran yang kaya dengan zat besi yang boleh membekalkan darah seperti bayam. Untuk yang terbaik, dapatkan nasihat kesihatan dari doktor peribadi anda dan jalani ujian darah untuk anemia. Pastikan tubuh anda sihat dan cergas sebelum anda bersedia untuk hamil.
Bagaimana pula dengan diet suami?
Nutrisi mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan sperma yang subur. Pelbagai kajian telah menunjukkan cara pemakanan yang tidak teratur dan pengambilan alcohol boleh mengurangkan kualiti dan kuantiti penghasilan sperma dan menyukarkan seseorang wanita untuk hamil. Hampir 40 % kesukaran untuk hamil berpunca dari lelaki – jadi tukarlah diet anda kepada diet yang lebih sihat.
Perlu diingatkan anda juga harus menetapkan pengambilan kopi hanyalah secawan atau dua cawan sahaja dalam sehari. Ini kerana beberapa kajian telah mendapati kafein merupakan salah satu sebab lelaki mandul.
Apakah nutrient yang paling penting untuk bakal bapa?
Diet harian anda hendaklah seimbang dan terdiri dari pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan
Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan yang mengandungi antioksidan. Nutrien ini dapat membantu mengelakkan sperma dari cacat dan membantu meningkatkan tahap motiliti nya. (pergerakan). Segelas jus oren segar yang mengandungi 124 mg vitamin C sudah mencukupi dalam sehari. Sekiranya anda seorang perokok, minumlah lebih dari segelas jus oren segar.
Dapatkan zinc yang cukup. Beberapa kajian menunjukkan walaupun hanya kekurangan sedikit zinc boleh mengurangkan kualiti air mani dan menurunkan level testosterone. Cara yang terbaik ialah dengan mengambil makanan laut seperti tiram, kerang dan daging lembu.
Tambahkan kalsium dan vitamin D. Dengan minum banyak susu dan yogurt dapat membantu anda untuk meningkatkan kesuburan kelelakian anda.
Tips untuk mudah hamil
Lebihkan mengambil makanan yang mengandungi sumber protein seperti telur, ikan, soya dan makanan tenusu.
Elakkan mengambil makanan yang agak tajam seperti nenas, tapai, tembikai, air tebu, rebung, air kelapa, minuman beralkohol, ubi kayu atau minuman berkarbonat sewaktu mengikuti program kehamilan.
Elakkan daripada tekanan atau stress.
Niatkan dan berdoa setiap kali bersama pasangan agar dipermudahkan kehamilan.
SUMBER: BIODEX2U

Saturday, 21 July 2012

Amalan-Amalan Sunat Yang Di Lakukan Pada Bulan Ramadhan







Amalan-amalan sunah pada bulan Ramadhan
Selain puasa yang Allah wajibkan pada bulan Ramadhan ada pelbagai amalan yang disunatkan pada bulan ini di antaranya:

1. Mengkhatamkan Al-Qur'an
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran. Pada bulan inilah Al-Qur'an pertama kali turun dari lauhul mahfuz ke langit dunia sekaligus. Allah berfirman:
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil) (al baqarah: 185)

2. solat tarawih
Rasulullah Saw. bersabda: "Barang siapa yang menghidupkan malam bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
Sebuah riwayat mengatakan bahawa Nabi Saw. pernah solat 11 rakaat, terkadang 13 rakaat atau kurang dari itu. Ketika ditanya tentang solat malam beliau bersabda: "Dua rakaat dua rakaat, jika seseorang di antara kamu bimbang masuk waktu subuh hendaklah solat satu rakaat witir."

3. memperbanyak doa
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah salah satu orang yang doanya mustajab. Oleh kerana itu perbanyaklah berdoa ketika sedang berpuasa lebih-lebih lagi ketika berbuka. Berdoalah untuk kebaikan diri kita, keluarga, bangsa, dan saudara-saudara kita sesama muslim di belahan dunia.


4. Memberi buka puasa (tafthir shaim)
Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar (berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir kurma sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun ". (Bukhari Muslim)

5. bersedekah
Rasulullah Saw. bersabda: "Sebaik-baik sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan" (HR. Tirmizi).
Dan pada akhir bulan Ramadhan Allah mewajibkan kepada setiap muslim untuk mengeluarkan zakat fitrah sebagai penyempurna puasa yang dilakukannya.

6. i'tikaf
Iktikaf adalah berdiam diri di masjid untuk beribadah kepada Allah. I'tikaf sunat bagi laki-laki dan perempuan; kerana Rasulullah Saw. selalu beri'tikaf terutama pada sepuluh malam terakhir dan para isterinya juga ikut I'tikaf bersamanya. Dan hendaklah orang yang melaksanakan iktikaf memperbanyak zikir, istigfar, membaca Al-Qur'an, berdoa, solat sunat dan lain-lain.

7. umrah
Ramadhan adalah masa terbaik untuk melaksanakan umrah, kerana umrah pada bulan Ramadhan memiliki pahala seperti pahala haji bahkan pahala haji bersama Rasulullah Saw. Beliau bersabda: "Umrah pada bulan Ramadhan seperti haji bersamaku."

8. Memperbanyak berbuat kebaikan
Bulan Ramadhan adalah peluang keemasan bagi setiap muslim untuk menambah 'akaun' pahalanya di sisi Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi dikatakan bahawa amalan sunnah pada bulan Ramadhan bernilai seperti amalan wajib dan amalan wajib bernilai 70 amalan wajib di luar Ramadhan. Raihlah setiap peluang untuk berbuat kebaikan sekecil apapun meskipun hanya 'sekadar' tersenyum di depan orang lain. Ciptakanlah kreasi dan inovasi dalam berbuat kebaikan agar baki kebaikan kita terus bertambah.
"Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba."

Semoga kita termasuk orang-orang yang boleh memanfaatkan momentum Ramadhan untuk merealisasikan ketakwaan diri kita dan boleh meraih gelaran "bebas dari neraka." Amin
Wakullu Am wa Antum bikhair

sumber: tabekpuang.blogspot.com

Tips Untuk Menghalang Semut Dari Memasuki Bekas Gula








Ada pepatah mengatakan "Ada gula ada semut", ternyata ini bukan pepatah semata-mata kerana seringkali kita merasa geram apabila di dapur semut-semut berkeliaran. Yah tapi mahu bagaimana lagi, mereka memang hidup mengumpulkan serbuk-serbuk makanan.

Tatkala suasana dingin, hujan rintik-rintik saat yang tepat membuat secawan teh hangat sambil menikmati suasana yang selesa. Kemudian anda berganjak dari tempat duduk dan berniat membuat secawan teh. Tak disangka ternyata bekas gula dipenuhi dengan semut kerana anda lupa menutupnya kembali. Huh dasar semut-semut nakal!

Tak perlu anda bimbang hal ini terjadi lagi, ada tips mudah mengusir si semut nakal dari bekas gula anda.bukan dengan memasukkan ubat pembasmi serangga ke dalam gula lho! Hanya masukkan 3 atau 4 butir bunga cengkih ke dalam gula, nescaya para semut tak mahu menghampiri dalam bekas gula lagi. Selamat menikmati teh hangat anda.
sumber: tabekpuang

                    myazambib.blogspot.com

Tuesday, 17 July 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012


Jadual Berbuka Puasa 2012 Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]
Kita sebagai umat Islam wajib berpuasa pada hari pertama puasa sehingga tibanya waktu berbuka puasa (jadual berbuka puasa 2012) nanti di sepanjang bulan Ramadhan kali ini (Waktu puasa adalah dari terbit fajar shadiq (waktu subuh) sampai terbenam matahari : waktu maghrib)trans Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]. kat bawah nie macam mana Doa niat berbuka puasa...

Doa Niat Berbuka Puasa

Doa Berbuka Puasa Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 / 1433 Hijrah Bagi Seluruh Negeri di Malaysia

Di bawah ini, saya kongsikan Jadual Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak bagi seluruh negeri di Malaysia. (Pastikan anda bookmark artikel ini sebagai rujukan anda sepanjang BuLan ramadhan kali ini)
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]
Jadual waktu berbuka puasa ini dikeluarkan oleh Jakim bagi memudahkan umat islam untuk merancang aktiviti dan menunaikan kewajipan berpuasa.
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 MELAKA & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 JOHOR & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 PERAK & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 SARAWAK & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 SABAH & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 TERENGGANU & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 KELANTAN & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 SELANGOR & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 PAHANG & WAKTU IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 WILAYAH PERSEKUTUAN & WAKTU IMSAK
WAKTU BERBUKA PUASA 2012 WILAYAH PERSEKUTUAN & JADUAL IMSAK
JADUAL BERBUKA PUASA 2012 PERLIS & WAKTU IMSAK
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2012 KEDAH & WAKTU IMSAK
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2012 NEGERI SEMBILAN & WAKTU IMSAK
JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA 2012 PULAU PINANG & WAKTU IMSAK
Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 : Adab Berbuka Puasa Menurut Sunah
Berbuka Puasa Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]
  1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu berbuka puasa
  2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88).
  3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
  4. Berdoa ketika berbuka puasa dengan apa sahaja doa yang kita hajati.
Waktu Berbuka Puasa 2012 Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012 & Waktu Imsak 2012 [SEMAK]Ada baiknya kita semua lebihkan doa kita sebelum berbuka puasa dan sebelum bersahur insyallah ALLAH SWT mendengar doa kita. Jadual berbuka puasa seperti di atas akan dikemaksinikan dalam masa terdekat selepas kami mendapatkan maklumat yang terkini dan paling tepat untuk rjukan kami dan anda semua pada masa akan datang
[Pastikan anda bookmark artikel Jadual Berbuka Puasa - Waktu Berbuka Puasa 2012  ini untuk rujukan anda sekeluarga daripada masa ke semasa menjelangnya bulan Ramdahan 2012/1433 Hijrah yang tinggal beberapa hari daripada sekarang]
sumber : beritasemasa.com

Monday, 16 July 2012

Mengapa Membunyikan Leher Dan Jari Berbahaya?






Membunyikan sendi-sendi di jemari, tangan, atau leher ketika badan sengal itu memang terasa melegakan sesudahnya. Namun, sebaiknya kita jangan terlalu sering melakukan ini, mengapa?

Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, bila salah urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher. Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana. Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.

Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan buku-buku atau sendi di jari juga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya.Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.


Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Nah, saat kamu menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar. Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun. Segera saja, ikatan sendi tersedut ke dalam. Ketika tekanan menurun, muncullah gelembung (yang paling sering karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat. Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.

Gelembung itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar. Kerana ruang sendi mendadak diisi oleh gelembung, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula. Pada saat ligamen "didorong kembali" muncullah bunyi kedua.

Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang. Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka. Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.

Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.


sumber: tabekpuang.blogspot.com

MISTERI BAHAN BINAAN PIRAMID DIJAWAB OLEH AL QURAN




Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

"Dan berkata Fir'aun: 'Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta."
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of the American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Sunday, 15 July 2012

Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.



Ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. dahulu, cincin baginda pernah dicuri oleh Jin Ifrit. Lantaran daripada itu, Jin Ifrit telah menyamar sebagai Nabi Sulaiman, sehingga baginda terpaksa menjadi nelayan kerana rakyatnya tidak percayakan baginda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
                                 Sekadar Gambar Hiasan
Nabi Sulaiman A.S. merupakan antara nabi yang yang memiliki mukjizat seperti mampu berkomunikasi dan melihat jin dan sebagainya. Antara mukjizat lain yang diberikan oleh Allah SWT pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. 


Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.
Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”
Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. 


Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.
Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.
Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.
Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.
Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.
Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.
Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.
Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.
Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”
Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”
Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.
Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.
Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.
Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.
Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.
Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.
Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.
Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.
Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.
Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.
Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.
Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.
Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.
Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.
Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.
Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.
P/S:-Satu kisah yang sangat menarik untuk dijadikan sebagai teladan hidup. Orang yang mencuri tidak akan selamat dan terlepas dari hukuman.  Sesunguhnya Allah SWT bersama-sama orang yang teraniya. Kita perlu percaya bahawa setiap amalan yang baik akan dibalas baik, amalan yang jahat adalah sebaliknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...