Pages

Showing posts with label 2dayblogger. Show all posts
Showing posts with label 2dayblogger. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

14 Fakta Menarik Mengenai Filem “Batman The Dark Knight Rises”


batman


Pengarah British, Christopher Nolan memang lain daripada yang lain apabila dia memilih untuk menunjukkan sisi gelap bagi watak adiwira dan antagonis kegemaran ramai ini. “The Dark Knight Rises” merupakan filem ketiga dan terakhir dalam trilogi “Batman” arahan Nolan ini dan sebelum anda menontonnya, kami senaraikan beberapa trivia pra-produksi filem ini yang bakal ditayangkan pada 19 Julai 2012.
1. Christian Bale mengatakan dia enggan memainkan peranan sebagai Batman sekiranya watak Robin diwujudkan. Oleh kerana itu pengarahnya Christopher Nolan bersetuju untuk tidak menghidupkan watak Robin kerana takut kehadiran Robin akan mengurangkan impak nuansa gelap trilogi ciptaannya.
2. Antara sebab Tom Hardy telah dipilih Nolan untuk watak Bane adalah kerana prestasi lakonannya dalam filem “RocknRolla”, tapi Hardy menyangka Nolan memilihnya kerana lakonannya dalam “Bronson”, sedangkan Nolan tidak pernah pernah menonton filem tersebut.
3. Christopher Nolan merupakan pengarah pertama yang berjaya melengkapkan trilogi filem “Batman”. Namun dia merupakan pengarah kedua yang berjaya melengkapkan trilogi filem genre adiwira. Tempat pertama jatuh kepada Sam Raimi untuk trilogi “Spiderman”.
4. Pada awalnya, Anne Hathaway telah dipilih untuk memainkan watak Black Cat dalam filem keempat “Spiderman”. Namun begitu, dengan pembatalan filem tersebut, dia ditawarkan watak Catwoman dalam filem ini pula.
5. Antara barisan pelakon yang diujibakat untuk memegang peranan Catwoman termasuk Jessica Biel (“The A-Team”), Gemma Arterton (“Clash Of The Titans”), Kate Mara (“American Horror Story”) dan Keira Knightley (“Pirates Of The Caribbean”). Namun begitu, Anne Hathaway akhirnya berjaya memenangi peranan tersebut.
6. Antara barisan pelakon wanita yang dicadangkan untuk watak Miranda Tate pula termasuk Kate Winslet, Naomi Watts, Rachel Weisz dan Marion Cotillard. Namun begitu, Cotillard telah dipilih untuk memainkan watak tersebut, apatah lagi Nolan sudah biasa bekerja dengan Cotillard melalui filem “Inception”. Cotillard memulakan proses penggambaran dua bulan selepas kelahiran anaknya, Marcel.
7. Menurut Gary Oldman yang melakonkan watak Jim Gordon, Christopher Nolan telah mendedahkan sendiri pengakhiran filem sebelum ia dimulakan bagi mengelak daripada sebarang kekurangan dan pembocoran di media.
8. Pelakon lagak ngeri untuk Anne Hathaway telah merosakkan satu daripada kamera IMAX apabila Batpod yang ditungganginya menghentam kamera tersebut. Ini kali kedua sebuah kamera IMAX dirosakkan. Sebelum ini satu daripada kamera IMAX mereka rosak ketika merakam babak kejar-mengejar antara trak The Joker dan batmobile dalam “The Dark Knight”.
9. Antara pelakon yang dicadangkan untuk watak John Blake termasuk Joseph Gordon-Levitt (“Inception”), Leonardo DiCaprio (“Inception”), Ryan Gosling (“The Notebook”) dan Mark Ruffalo (“The Avengers”) sebelum produksi membuat keputusan untuk memilih Gordon-Levitt.
10. Menurut Nolan, dia memilih Bane sebagai antagonis Batman dalam filem terakhir ini untuk menguji Batman dari sudut fizikal dan mentalnya.
11. Anne Hathaway menjadikan Hedy Lamarr sebagai inspirasi lakonannya sebagai Catwoman. Heddy Lamar juga merupakan pelakon wanita era 40-an yang menjadi inspirasi pencipta Catwoman untuk watak tersebut.
12. Christopher Nolan menawarkan peluang untuk James Newton Howard (“The Hunger Games”, “Green Lantern”) menghasilkan muzik latar filem ini bersama Hans Zimmer seperti yang dilakukannya dalam “Batman Begins” dan “The Dark Knight”. Namun selepas melihat kolaborasi hebat antara Nolan dan Zimmer dalam “Inception”, dia merasakan dia mungkin hanya akan mengganggu.
13. Tom Hardy menerima watak Bane tanpa membaca skrip. Dia terus menerimanya apabila diberitahu yang dia akan mendapat akses untuk menerima latihan lagak ngeri dan menggunakan peralatan yang akan disediakan.
14. Ini merupakan filem kelima Nolan bersama pelakon Michael Caine. Filem lain adalah “Batman Begins”, “The Prestige”, “The Dark Knight” dan “Inception”.

LIHAT VIDEO PREVIEW ‘The Dark Knight Rises



sumber  2dayblogger.com

G Dragon Buka akaun Twitter, Dekati Peminat



G Dragon.
LAMAN sosial seperti Twitter memang tidak asing lagi dalam kehidupan selebriti. Malah, ia juga sudah menjadi trend artis untuk mendekati peminat-peminat mereka.
Namun, ada juga golongan selebriti yang ketinggalan dalam hal itu, termasuk ketua kumpulan Big Bang, G Dragon.
Khabarnya, G Dragon baru sahaja membuat akaun Twitternya.
“Ya, saya dah ada akaun Twitter. Sebelum ini, saya tidak berkesempatan untuk membuatnya. Saya dah mula memuat naik gambar bersama rakan yang lain,” katanya.
Walaupun baru sahaja memiliki akaun itu, jumlah pengikutnya meningkat dengan pantas. Kini, dia memiliki 100,000 pengikut.


sumber:2dayblogger.com

Sunday, 1 July 2012

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat


Sebagai seorang manusia, hari akhirat adalah merupakan hari pengadilan. Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:

Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. – (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:
  • Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
  • Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
  •  Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.
sumber: 2dayblogger.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...