Pages

Showing posts with label Berzina. Show all posts
Showing posts with label Berzina. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

Khalwat dalam kereta – Angkara Janda anak satu



LUNAS – Seorang janda anak satu ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang juga suami orang di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga di Taman Industri Saujana, di sini.
Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) berkata, pemantauan terhadap kereta pasangan itu dilakukan kira-kira dua minggu lalu selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai perlakuan sumbang pasangan itu.
“Kira-kira jam 9 malam ketika Penguat kuasa PADK membuat rondaan, anggota terserempak dengan kereta Proton Saga baru sepertimana aduan diterima.
“Setelah membuat pemeriksaan terhadap kereta itu. PADK menemui sepasangan kekasih duduk di kerusi belakang kereta dalam keadaan mencurigakan, ” katanya.
Menurutnya, siasatan PADK mendapati pasangan wanita berusia 38 tahun dan sudah menjanda sejak 14 tahun lalu setelah kematian suaminya, manakala pasangan lelaki berusia 20 tahun merupakan suami orang dan mempunyai seorang anak.
“Mereka bekerja di kilang sama di Lunas dan keluar bersama sejak jam 5 petang sehingga ditangkap kira-kira jam 9.30 malam, ” katanya.
Juru cakap PADK berkata, hasil siasatan PADK terhadap pasangan wanita mendapati mereka berkenalan sejak beberapa bulan lalu dan mengaku sudah terlanjur.
Bagi mengelak perlakuan sumbang mereka itu dilihat orang ramai, tingkap belakang kereta ditutup dengan penggalas cermin.
Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Lunas untuk membuat laporan tangkapan.
Pasangan wanita ditahan di lokap Balai Polis Lunas manakala lelaki dilokap Balai Polis Kulim. Pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
PADK turut menasihatkan pasangan itu agar menyedari kesalahan dilakukan tergolong dalam dosa besar. Pasangan akan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan. – Utara News


sumber: kualalumpurpost.net

Sunday, 1 July 2012

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat


Sebagai seorang manusia, hari akhirat adalah merupakan hari pengadilan. Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:

Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. – (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:
  • Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
  • Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
  •  Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.
sumber: 2dayblogger.com

Monday, 25 June 2012

Pelajar perempuan kantoi berzina dalam semak




Sepasang kekasih yang seirng menjadikan kawasan semak untuk memadu asmara terjerat apabila mereka ditahan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) di kawasan semak berhampiran Taman Kulim Techno City di Kilang Lama, petang kelmarin.
Dalam serbuan pada jam 3.30 petang, pelajar perempuan yang menuntut di tingkatana enam atas sebuah sekolah di sini dan teman lelakinya iaiti pelajar Kolej Komuniti di Pahang, didapati sering menjadikan kawansan semak itu sebagai tempat memadu asmara.
Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, pasangan terbabit yang masing-masing berusia 19 tahun ditahan di kawasan semak berhampiran taman berkenaan.
“Kami menerima aduan mengenai kegiatan pasangan pelajar terbabit yang sering berkunjung di kawasan semak itu untuk memadu asmara.
“Lima penguat kuasa bersama beberapa penduduk taman terbabit mengadakan pemeriksaan di kawasan semak itu dan menemui sebuah motosikal.
“Kira-kira dua meter dari motosikal itu, mereka menemui pasangan kekasih terbabit di dalam semak dan pelejar perempuan itu masih memakai pakaian sekolah,” katanya.
Azmi berkata, hasil soal siasat, pelajar perempuan itu yang bakal menduduki peperiksaan STPM tahun ini, mendakwa dia sudah berkawan dengan teman lelakinya sejak beberapa tahun lalu.
“Teman lelakinya kini menuntut di sebuah Kolek Komuniti di Pahang dan setiap kali teman lelakinya pulang ke Kulim, mereka akan mengadakan pertemuan di kawasan semak itu selepas teman lelakinya menjemputnya pulang dari sekolah.
“Kebiasaannya, mereka akan bersiar-siar dulu sebelum ke kawasan semak itu.
“Namun, tindakan mereka disedari penduduk taman perumahan itu yang melaporkan kepada penguat kuasa PADK,” katanya.
Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa di Mahkamah Syariah Kulim mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah Tahun 1988 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM 2000 atau penjara atau kedua-duanya sekali.
sumber:wowberita, digg.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...