Pages

Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

PANDUAN PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN SPM YANG HILANG


PANDUAN PERMOHONAN SALINAN KEPUTUSAN

1.Sijil dan Pernyataan Keputusan peperiksaan awam hanya dikeluarkan
 sekali sahaja.

2. Lembaga Peperiksaan boleh mengeluarkan salinan keputusan sekiranya 
sijil / Pernyataan Keputusan asal hilang atau rosak. 

3. Permohonan boleh dibuat dengan cara datang sendiri ke ibupejabat
Lembaga Peperiksaan atau melalui pos.

4. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/06 yang boleh 
didapati di kaunter atau boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga 
Peperiksaan.

5. Bayaran proses ialah RM10.00 (Ringgit : Sepuluh sahaja) yang boleh 
dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter. 

6. Semua permohonan melalui pos hendaklah disertakan dengan 
Wang Pos  atau kiriman Wang Pos bernilai 
RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) atas nama Pengarah Peperiksaan. 
Cek Persendirian tidak diterima.

7. Pemohon digalakkan melampirkan salinan sijil atau Pernyataan 
Keputusan sekiranya ada.
MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN
1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.
2. Waktu urusan adalah seperti berikut:
    (i) Isnin hingga Khamis : 8.30 pg – 4.30 ptg
    (ii) Jumaat   : 8.30 pg – 12.00 tengahari
                          2.45 ptg – 4.30 ptg

3. Salinan sijil SPM tahun 1994 dan selepas manakala PMR tahun 1998 dan 
selepas akan dikeluarkan dalam masa 1 jam bagi permohonan di kaunter LP.
4. Semua permohonan pos akan diproses dalam masa 7 hari bekerja tanpa 
mengira perjalanan pos.

5. Lembaga Peperiksaan tidak mengeluarkan salinan sijil UPSR. Permohon 
dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut.
6. Lembaga Peperiksaan tidak menyimpan sijil asal calon. Calon yang tidak 
mengambil sijil asal dinasihatkan menghubungi sekolah atau Sektor 
Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan 
sijil asal sekiranya sijil tersebut belum dituntut dalam masa 3 tahun setelah 
menduduki peperiksaan.

7. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
PRESINT 1
62604 PUTRAJAYA
(UP: UNIT KECIL SIJIL)
TEL: 03-88843526/3528
sumber: moe.gov.my
 

Monday, 9 July 2012

Peluk Islam Selepas Lihat Iklan Di Bas




Kempen tentang Islam dengan cara memasang iklan di badan bas yang dilakukan oleh organisasi GainPeace di Chicago. Kegiatan yang dilakukan organisasi ini ternyata membuahkan hasil, bukan hanya mampu membetulkan pandangan masyarakat Barat yang salah tentang Islam tetapi setelah melihat iklan di badan bas tersebut, seramai 17 warga Chicago yang menyatakan diri untuk masuk Islam.

Diantaranya adalah Leslie C. Toole, seorang guru di Chicago yang sudah sepuluh tahun berkeingan masuk Islam. Tekadnya menjadi seorang Muslim akhirnya terlaksana setelah ia melihat iklan GainPeace di badan bas.

“Saya tidak pernah sungguh-sungguh. Tapi ketika saya melihat iklan itu, saya sedar bahawa itulah akhir dari petanda dimana saya harus melengkapi niat saya,” kata Toole.

Toole mengaku pertama kali mengenal Islam secara tak sengaja. Sepuluh tahun yang lalu, seorang lelaki memberinya sekeping risalah dan mengatakan ia akan mendapatkan pengetahuan dari risalah itu. “Saya pun membacanya, berulang kali dan memastikan saya memahami apa yang sedang saya baca,” Toole mengisahkan.

“Bagaimana menjadi seorang Muslim, itulah yang menjadi pertanyaan utama saya,” sambung Toole sampai akhirnya, ia melihat iklan tentang Islam di bas-bas Chicago Transit Authority (CTA) bertuliskan “Got Questions? Get Answers” dan langsung menghubungi nombor telefon yang ada di bas tersebut.

Setelah mendapatkan penjelasan dan berdiskusi dengan pihak GainPeace, Toole mengucap syahadah pada Isnin, 29 September 2008. Kisah Toole masuk Islam hampir serupa kisah 16 Muslim Chicago lainnya yang memilih masuk Islam setelah melihat iklan GainPeace di bas-bas CTA.

Menurut Toole, iklan layanan masyarakat GainPeace yang dipasang di bas-bas merupakan idea yang bijak untuk menarik perhatian masyarakat. Setelah masuk Islam, Toole yang memilih nama Ilyas sebagai nama Islamnya juga mendapatkan bimbingan seorang mentor dari GainPeace.


“Saya sangat berterima kasih dengan mentor saya yang sudah banyak membantu. Beliau memberikan saya banyak buku agar saya boleh mempelajari tentang Islam,” kata Toole.

GainPeace juga memberikan layanan belajar Islam online setiap seminggu sekali untuk para mualaf, dimana mereka boleh belajar apa saja mulai dari cara solat, cara hidup seorang Muslim bahkan bahasa Arab.

Toole atau Ilyas mengatakan, semakin banyak ia tahu tentang Islam, ia semakin percaya diri bahawa ia sudah membuat keputusan yang benar. “Agama ini betul-betul sempurna bagi saya. Sulit untuk menjelaskannya ketika anda mengetahui sebuah kebenaran. Anda akan merasakan perasaan yang begitu mendalam di hati sanubari anda bahawa anda telah menemukan rumah yang benar,” papar Toole.

Seperti diberitakan sebelumnya, GainPeace menggelar kempen dengan memasang iklan layanan tanya jawab tentang Islam di bas-bas CTA, yang mana ia mendapat respon positif dari masyarakat Chicago.


Organisasi itu mengeluarkan dana sebesar 30.900 dollar AS untuk membiayai kos pemasangan iklan 25 bas CTA yang melalui laluan di seluruh Chicago. Setelah iklan itu tampil, GainPeace menerima ribuan telefon dan lamannya dikunjungi lebih dari 300.000 orang.

GainPeace juga memberikan al-Quran dengan terjemahan berbahasa Inggeris, majalah The Message on Prophet Muhammad serta brosur dan buku-buku Islam bagi mereka yang ingin tahu lebih jauh tentang Islam.

Pengarah GainPeace, Sabeel Muhammad mengatakan pesan dari iklan itu adalah untuk menimbulkan minat masyarakat terhadap berbagai informasi tentang Islam, sehingga boleh memperbetulkan penafsiran-penafsiran yang salah tentang Islam.

Selain GainPeace, kempen serupa ini juga dilakukan oleh ICNA, organisasi Muslim yang berpusat di New York dan memiliki 22 cabang di seluruh AS. Namun ICNA baru melakukan kempen itu di Seattle dan New York. Di New York, ICNA menempelkan lebih dari 1.000 iklan layanan tanya jawab tentang Islam di stesyen-stesyen kereta bawah tanah.

Kerana kempen dengan cara itu berjaya, kota-kota lainnya di AS dan Canada sudah meminta bantuan agar ICNA juga melakukan kempen yang sama di kota-kota tersebut.

HasnulHadiAhmad.Com & hmetro online


Wallahu’alam….

Sunday, 1 July 2012

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Di Akhirat


Sebagai seorang manusia, hari akhirat adalah merupakan hari pengadilan. Pada hari pertama pengadilan di padang mahsyar, seluruh manusia berhimpun semenjak manusia pertama iaitu Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir. Keadaan manusia pada hari itu sesuai dengan amalannya semasa di dunia dahulu. Rasulullah SAW menggambarkan ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat pertolongan dan naungan pada hari itu, menerusi sabda beliau yang maksudnya:

Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. – (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:
  • Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.
  • Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.
  • Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.
  • Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
  • Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.
  • Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.
  •  Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.
sumber: 2dayblogger.com

Thursday, 28 June 2012

Indahnya kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya



indahnya kasih sayang Allah SWT kepada setiap hamba-Nya dengan mengurniakan insan yang setia berdamping sejak awal usia kandungan lagi. Ditetapkan untuk setiap manusia itu hidup selamat dalam rahim kira-kira sembilan bulan sepuluh hari.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Kami telah menasihati manusia supaya berlaku baik kepada kedua-dua orang tuanya ketika mana ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang teramat berat keperitannya dan (mengarahnya) untuk memutuskan penyusuan setelah (bayi) berumur dua tahun, maka syukurlah kamu kepada-Ku dan seterusnya kepada kedua-dua ibu bapamu dan kepada-Ku kamu akan kembali.” (Surah Luqman, ayat 14)

Pada usia kandungan itu jugalah kita sebagai manusia bergantung harap kepadanya atas nama kehidupan, kerana nyawa kita bersama nyawanya dan setiap darah yang mengalir dalam tubuhnya membolehkan kita hidup selesa, selamat, tenang, harmoni dan tiada sebarang gangguan.

Begitu mulianya pendamping setia kita iaitu ibu. Apabila menyebut mengenai erti kasih sayang seseorang ibu, maka terbayang dalam lipatan pemikiran kasih sayang yang tiada nilainya sejak kita dalam kandungan sehinggalah dewasa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...