Pages

Friday 29 June 2012

Siapakah Sebenarnya Ustaz Azhar Idrus?





Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya siapakah beliau sebenarnya dan bagaimanakah latar belakang beliau sehinggakan beliau mampu menjadi fenomena dari segenap pelusuk Malaysia. Jika dahulu orang awam khususnya remaja terkejar-kejar hamba Allah yang digelar artis, tidak pula sekarang. Malah artis dan orang awam mengejar golongan pendakwah. Sebelum Super Fantasia Media menghuraikan dengan lebih terperinci, buat pengetahuan semua gambar diatas adalah merupakan gambar keluar Ustaz Azhar Idrus.

Difahamkan, Ustaz Azhar Idrus mendapat pendidikan diperingkat rendah dan menengah di Sekolah Inngeris. Beliau menuntut ilmu di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu sehingga tamat Tingkatan 6. Tidak dihairankan kenapa Ustaz Azhar Idrus pandai bermain gitar ketika sambutan tahun baru lalu kerana beliau dikhabarkan pernah menjadi guru muzik pada tahun 1985.

Menurut sumber, beliau mendapat pendidikan agama bermula daripada tahun 1990 lagi dan Ustaz Azhar Idrus telah belajar ecara bertalaqqi dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun. Tuan Guru Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai adalah antara daripada gurunya.

Dibawah ini merupakan penerangan oleh Ustaz Azhar Idrus sendiri. Saksikan klip video yang disediakan dibawah... cekidout..


sumber: superfantasia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...