Pages

Monday 9 July 2012

Galaxy Note 2 Bakal Tenggelamkan iPhone 5?




Samsung merancang untuk mengeluarkan telefon pintar Galaxy Note 2 pada Oktober ini selepas komputer tablet itu berjaya mengenepikan produk keluaran Apple dengan jualan tujuh juta unit.

Sebelum ini Galaxy Note menjadi kegilaan ramai dan model baru itu juga dijangka akan mengenepikan produk keluaran telefon pintar akan datang Apple iaitu iPhone 5 yang dilaporkan turut akan menggunakan skrin besar.


Telefon pintar Galaxy Samsung kini menjadi produk utama kepada syarikat Korea Selatan itu dan menyumbang kepada hasil pendapatan yang tinggi.
Galaxy telah mengenepikan pesaing hebatnya, sekali gus menyebabkan Samsung mencatat rekod jualan tertinggi.

kosmo online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...