Pages

Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Sunday, 22 July 2012

Ini Senarai 10 Orang Pendaftar Pertama Di Facebook



Siapa yaNg tak kenal dengan laman jejaring social facebook, yup. laman fenomenal yang menduduki tempat PERTAMA tapak dunia ini sudah menjadi penemuan fenomenal abad ini. Tapi tahukan kamu siapa  member yang mendaftar pertama kali di facebook?


ini Senarai 10 orang pendaftar pertama facebook:


1. Mark Zuckerberg: http://www.facebook.com/profile.php?id=4
founder dan CEO facebook ini adalah orang yang pertama mendaftar di laman web rangkaian fenomena alam ini, dengan nombor id 4.





2. Chris Hughes (http://www.facebook.com/profile.php?id=5)
Chris Hughes adalah Co-Founder Facebook iaitu roomate Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di Universiti Harvard. projek yang membuat namanya melonjak selain menjadi co-founder facebook adalah projek pembuatan laman kempen obama di my.barrackobama.com yang disebut2 mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan Obama menjadi presiden kulit hitam pertama di Amerika Syarikat.






3.Dustin Moskovitz (http://www.facebook.com/profile.php?id=6)
Dustin Moskovitz juga adalah Co-Founder Facebook iaitu roomate Mark Zuckerberg semasa mereka belajar di Universiti Harvard. Moskovitz memiliki saham facebook sebanyak 6% yang membuat kekayaannya dianggarkan mencapai 1.4 juta US $. Forbes menobatkan dia sebagai jutawan termuda di dunia.





4. Arie Hasit (http://www.facebook.com/profile.php?id=7)
Arie Hasit adalah teman baik dari Mark Zuckerberg. ini boleh dikatakan karibnya kerana sewaktu mereka belajar di harvard mereka sering melakukan aktiviti bersama - sama. hal ini kerana mereka sama2 Yahudi. sekarang dia bekerja sebagai jurucakap angkatan tentera Israel.




5. Marcel Georgés Laverdet II (http://www.facebook.com/profile.php?id=10)
sedikit yang diketahui tentang Marcel Georgés Laverdet II. yang boleh diketahui hanya dia bekerja di Facebook.





6. Soleio (http://www.facebook.com/profile.php?id=11)
Soleio adalah pegawai teknikal facebook. di pagenya, dia menulis bahawa pekerjaannya adalah yang berkaitan dengan teknikal facebook.




7. Chris Putnam (http://www.facebook.com/profile.php?id=13)
Chris Putnam adalah salah satu software engineer di Facebook. Aktivitinya dapat dipantau melalui blognya, iaitu http://blog.facebook.com/blog.php?bl...any&blogger=13.
ada yang unik dari Chris Putnam adalah satu - satunya orang yang memiliki avatar khas di facebook. dengan menaip utama: di chat box anda, maka akan ada melihat foto avatar yang keluar. iaitu gambarnya sendiri





8. Andrew McCollum (http://www.facebook.com/profile.php?id=26)
Andrew McCollum adalah rakan sekelas dari Mark Zuckerberg di Harvard sekaligus adalah pereka grafik pertama Facebook. dialah yang merancang logo facebook yang pertama kali dan yang memutuskan untuk memberikan siluet ala al pacino.




9. Colin Kelly (http://www.facebook.com/profile.php?id=27)
Sedikit info tentang orang ini. yang pasti dia adalah bekas pelajar Harvard University. kemungkinan besar adalah rakan sekelas dari Mark Zuckerberg. kebanyakan dari pemilik id - id kecil ini adalah alumni Harvard University kerana memang pada awalnya, facebook dibangunkan untuk kepentingan alumni dan mahasiswa Harvard.



10. Mark Kaganovich (http://www.facebook.com/profile.php?id=28)
Mark Kaganovich adalah alumni Harvard dalam bidang computer science. Dia merupakan founder dari labmeeting, iaitu sejenis social network (seperti facebook) tetapi dikhaskan untuk para saintis.



  itulah 10 orang dengan id yang paling kecil di Facebook. sebenarnya masih banyak lagi. tp nampaknya 10 saja sudah cukup ya bagi kita2 yang baru2 saja mendaftar, kemungkinan akan menerima nombor Secara Rawak. dan digitnya rata2 di atas 9.

sumber: tabekpuang

                                    myazambib.blogspot.com

Tuesday, 10 July 2012

10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

facebook privacy watblog com 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

Wooo terbaca tentang perkara dilarang dalam facebook dan aku nak berkongsi dengan korang sebagai peringatan manalah tahu leka sangat beronline sampai tak sedar terbagitahu benda yang boleh mendatangkan bahaya. 

1. Tarikh lahir 
Mendedahkan tarikh lahir korang sangat berisiko tinggi terutama katalah korang punya cardbank hilang atau menjadi sasaran seseorang, haaa mungkin dorang akan gunakan tarikh lahir sebagai kata kunci?

2. Nama ibu 
Korang perlu tahu bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai korang menerusi dalam talian. Bukan setakat talian jek tapi soalan dalam yahoo mesengger pun ada.

stranger danger1 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

3. Alamat rumah 
Tidak perlu rasanya sebarkan alamat kediaman kepada umum sebabnya penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila korang ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.” Take note that sebab aku pun kerap bercuti sana sini.

4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu kornag takde katirumah dalam sesuatu tempoh yang lama tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah  sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.

6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Hati-hatilah ye!

Bahaya Facebook 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan. Malah jangan cuba menjadi desperate apabila putus cinta kelak mengundang perogol bersiri mencari korang.

8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah bahaya sebabnya berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.

sunbelt vacations social media 10 Perkara Dilarang Dalam Facebook

9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik korang memberitahu rakan-rakan tentang percutian selepas pulang dari bercuti daripada berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.

10. Gambar di dalam rumah.
Korang mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah dilengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah sangatlah tinggi.


P/s: Pendapat peribadi, bukan semua tentang kita patut di SHARE di dalam facebook mahupun twitter dan kat sini lah letaknya privasi kita untuk keselamatan hari esok. Nampak remeh tapi bila dah terjadi baru terngadah ye dak? Nak salahkan sape kalau bukan diri sendiri?

Sumber : Mynewshub

Wednesday, 27 June 2012

Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook'



alt
Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook'. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap "disebabkan kita frienddengan bermacam  umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U." Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian.
Muslimah Dan Facebook
Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?
Ok, begini ya anak-anak. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOk, Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!
Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang di  facebookni. Ada yang buat facebook macam diari.
"Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!"
Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..
Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?
Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.
"Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu takcouple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau."
Betul ke ni?
Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,
"Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihanconfirm menang ni."
"Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang."
Nampak?

Wahai saudara seangkatan segenderku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, "Eh,dia ni. Nampak je waro' tapi miang jugak." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?"
Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan saya nakback up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya. 
Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.
Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.
"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu."
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.
"Aku menunggumu kerana Allah."
Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.
Ada jugak yang spesis 'aku like kau, kau like aku'. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di 'like'. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.
Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.
Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau'. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya, saya pun niqobi jugak :D )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?
Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..
Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don't judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :')
Jom jadi pelik! Hidup GENERASI GHURABA'!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...