Pages

Thursday, 26 July 2012

Strawberry Jam Cookies




Mencuba resepi dari Wendy@tablefor2ormore, olahan Hanamemories.blogspot.com

Bahan - bahannya :
115 gram butter - saya guna marjerin
50 gram gula custor
170 gram tepung gandum
jam strawberry secukupnya


Cara Membuatnya :

Pukul butter / marjerin dan gula sehingga ringan dan kembang. Masukkan tepung.
Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan anggaran sebiji limau calamansi. Kemudian
Leperkan sedikit dan tekan bahagian tengah doh untuk membuat lubang. Masukkan
jam. Panaskan oven pada suhu 180. Bakar selama 12 minit  hingga keperangan.


                                                                                       

RESEPI TAT NENAS


Tat Nanas


Bahan Inti :
400 gram nanas - diparut
125 gram gula pasir
1/8 sudu teh garam
3 biji cengkih
3 cm kayu manis
1/2 sudu teh air perahan lemon

Bahan Kulit :
100 gram mentega
50 gram marjerin
50 gram gula aising
2 biji kuning telur
75 gram serbuk badam
175 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
15 gram susu tepung

Bahan Sapuan ( kacau rata ) :
2 biji kuning telur
1 sudu teh krim pekat
1/8 sudu teh  madu

Cara Membuat :
Inti : masak nanas sehingga air menyerap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih
dan kayu manis. Kacau lagi sehingga kering. Masukkan air perahan lemon. Kacau
rata. Sejukkan.

Kulit : pukul mentega, marjerin dan gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning
telur. Pukul rata. Masukkan serbuk badam. Kacau rata. Masukkan tepung gandum,
tepung jagung dan susu tepung sambil diayak dan dikacau rata.

Ambil adunan kulit, isi sedikit doh dalam acuan tat, picit memanjang. Letakkan
inti nanas dan gulung dengan kemas. Letakkan di loyang yang disapu marjerin.
Bakar selama 15 minit dengan suhu ketuhar 150 C. 
                        
sumber: Recipes House

KADAR ZAKAT FITRAH 2012 SELURUH MALAYSIA



APA ITU ZAKAT FITRAH?
  • Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
  • Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.
  • Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.
Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”
5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi tahun 2012/1433H:-


Sumber: pipicomel.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...